Salam Dzulhijjah!
Badan EHSAN Victoria dengan berbesar hati ingin menjemput
warga Muslim Malaysia untuk turut serta bersama kami mengimarahkan MAJLIS SOLAT
SUNAT AIDIL ADHA yang bakal menjelang pada 6 November 2011 ini.
Hadirin hadirat juga dialu-alukan untuk menghadiri TAKBIR
RAYA yang akan diadakan pada malam sebelum itu, iaitu 5 November 2011. Ianya akan bermula selepas solat maghrib
berjemaah. Jamuan ringan juga disediakan.
Ayuh kita sama-sama mengejar peluang ini untuk menambah
pahala bersama!

0 comments:
Post a Comment